Monday, January 31, 2011

Mujahid dakwah







kamus sejarah mencatat kisah
seorang pemuda mujahid dakwah
ditengah gelodah arus jahilliah
mujahid dakwah membina toifah
memimpin manusia menuju Allah 
membina sesebuah ummah

langkahnya kemas penuh semangat
akhlak lembut sungguh memikat
menjulang tinggi panji-panji jihad
mahu mengubah hidup masyarakat

memberi tarbiyah juga nasihat
tidak kenal jemu dan penat
andai suara sumbang 
penuh padat dengan tuduhan

usaha murni suci mulia
dianggap sebagai perosak agama
amalan sunnah dicaci difitnah
menjadi mainan bahan persenda

satu persatu menjelma rintangan
mahu menyekat gerak perjuangan
namun semuanya tidak berkesan
berkat restu keizinan Tuhan 
tidak pun sedikit menjejaskan jiwanya
bahkan mujahid terus mara

mujahid dakwah jauh melangkah
merubah suasana dunia yg rosak
dengan pengalaman jihad dan iman
menuju zaman yang lebih gemilang
zaman ummah kali kedua
itulah isyarat Rasul mulia
marilah kita junjung bersama
Islam pasti agung semula


Album :
Munsyid : Nadamurni
http://liriknasyid.com


"Mana jelmaan Abu bakar, Umar, Uthman, Ali?"
"Mana jelmaan Khadijah, Aisyah, Asma', Safiyyah?


Sunday, January 30, 2011

picture: jihad jalan kami


PENTING -sila klik-






Allah SWT berfirman yang maksudnya: 

"Hai sekalian orang-orang yang beriman. Sukakah kalau saya tunjukkan kepadamu semua akan sesuatu perdagangan yang dapat menyelamatkan engkau semua dari siksa yang menyakitkan? Yaitu supaya engkau semua beriman kepada Allah dan RasulNya dan pula berjihad fi-sabilillah dengan harta-harta dan dirimu semua. Yang sedemikian itu adalah lebih baik untukmu semua, jikalau engkau semua mengetahui.
`
Allah juga akan mengampunkan dosa-dosamu semua serta memasukkan engkau semua dalam syurga-syurga yang mengalirlah sungai-sungai di bawahnya, demikian pula beberapa tempat tinggal yang indah di syurga 'Adn - kesenangan yang kekal - dan yang sedemikian itu adalah suatu keuntungan yang besar.
`
Ada pula pemberian-pemberian yang Iain-Iain yang engkau semua mencintainya, yaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman." 

(as-Shaf: 10-13)


Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? " Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." 

(Riwayat Al Baihaqi)


Al’amal, al’amal, al’amalulillah
Al’amalulillahi syi’aruna

Allah. Allah. Allahu rabbuna
Allah. Allah. Allahu ghayatuna
Al-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna



Al-jihad, al-jihad, al-jihadu sabiluna
Al-mautu fisabilillah asma amanina


Beramal, beramal, amal kerana Allah
Beramal kerana Allah itu syiar kami

Allah. Allah. Allah Tuhan kami
Allah. Allah. Allah matlamat kami
Ar-Rasul ikutan kami
Al-Qur’an panduan kami
Ar-Rasul ikutan kami
Al-Qur’an panduan kami


Berjihad, berjihad, jihad jalan kami
Mati dijalan Allah cita tertinggi kami
Cita tertinggi kami. Cita tertinggi kami


p/s: Sesungguhnya jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu,

p/s: pastikan artwork anda disave dalam format photoshop, T_T


Lyric & Audio by Shoutul Amal: Amalulillah

Thursday, January 20, 2011

picture: life's a journey







On the authority of Ibn 'Umar, radiyallahu 'anhuma, who said: The Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, took me by the shoulder and said:

"Be in this world as though you were a stranger or a traveler/wayfarer." 

Ibn 'Umar used to say: 

"When evening comes, do not expect (to live till) morning, and when morning comes, do not expect (to live till) evening. Take from your health (a preparation) for your illness, and from your life for your death."



[Al-Bukhari]





Monday, January 17, 2011

picture: menanti solehah








Akhirnya saya menemui cara membuat artline dengan lebih kemas,

dan alhamdulillah inilah hasilnya..

InsyaAllah, perantau studio akan beraksi dengan lebih bergaya selepas ini, 

doakan..



p/s: Jom berdakwah. Ayo!

Sunday, January 16, 2011

adobe testing






Draw by hand, color by adobe photoshop. 

fuh.. boleh ketagih rupanya.


Tuesday, December 21, 2010

Life journey


-CLICK to play soundtrack-























****************************************************



“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)

Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

“Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya”.

“Hak seseorang Muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara: Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam,  Apabila dia menjemputmu maka penuhilah jemputannya itu,  Apabila dia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya, Apabila dia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit, Apabila dia sakit hendaklah engkau menziarahinya dan. Apabila dia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya”. (Hadis riwayat Muslim)

“Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari”. (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).

Imam Muslim telah meriwayatkan satu hadis di dalam sahihnya yang menceritakan soalan malaikat kepada seorang lelaki yang ingin menziarahi saudaranya di sebuah kampong.

Malaikat itu bertanya, “Ke mana kamu hendak pergi?”
Jawab lelaki itu, “Aku ingin menziarahi saudaraku di kampong ini”.
Malaikat itu bertanya lagi, “Adakah kamu mempunyai sebarang kepentingan di sana?”
Lelaki itu menjawab, “Tidak melainkan aku menyintainya kerana Allah.”


Kemudian malaikat itupun berkata, “Sesungguhnya aku adalah utusan Alah yang diutuskan oleh Allah kepadamu untuk menyatakan bahawa Allah menyintaimu sebagaimana sahabatmu keranaNya”.

“Perumpamaan orang yang berkawan antara orang yang baik dengan orang yang jahat adalah seperti seseorang yang membawa minyak wangi dan seorang yang meniup dapur tukang besi. Orang yang membawa minyak wangi, mungkin dia akan memberikan kepadamu atau mungkin kamu akan membeli daripadanya dan mungkin kamu akan dapat bau yang harum daripadanya. Manakala orang yang meniup dapur tukang besi, mungkin beliau akan membakar pakaianmu, atau mungkin kamu akan mendapat bau yang tidak elok (daripada besi tersebut).”  (Muntafaq ‘Alaih)

“Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling cinta-menyintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubuhnya berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya”  (Muntafaq ‘Alaih)

waAllahualam..














Monday, December 6, 2010

azimat ibunda




-click to play soundtrack











********************

"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24)

"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”.

song by Aizat: Kau pergi


Thursday, December 2, 2010

kerana cinta itu fitrah




-click to play soundtrack













*******************


Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang memiliki agama, nescaya sejahteralah hidupnya” -Hadith

cinta vs CINTA.

"Cinta kecil itu, adalah kekeliruan perasaan yang terbit dari keinginan untuk diberi perhatian, mahu dikasihi dan mengasihi, emosi yang kosong dari asas, matlamat, dan kesedaran terhadap implikasi cinta jenis ini". 

"Cinta seorang anak kecil kepada kura-kura peliharaannya lebih mulia dari cinta keliru ini, kerana sekurangnya si anak kecil itu akan memberi makan, berbual dan membersihkan akuarium kura-kuranya, sedangkan cinta keliru antara dua anak muda ini tanpa mereka sedar hanyalah sekadar untuk melayan gangguan emosi yang sunyi barangkali… juga tanpa sedar kedua-duanya sedang merancang untuk saling merosakkan di antara satu sama lain".


"CINTA sebenar itu harus terbit dari emosi dan naluri fitrah manusia… namun ia lahir juga dengan sandaran rasional dan sedar diri terhadap asas cinta itu, tanggungjawab yang mengiringi cinta tersebut serta kesan yang bakal lahir dari mematerialisasikan perasaan cinta seperti ini". 
"Cinta yang ada ‘sense of begin with the end in mind‘." -saifulislam.com

Saturday, November 13, 2010

selamat bermujahadah






p/s: study la wei.. huhu

* gambar muslimat diatas tiada kaitan dengan yang telah meninggal dunia atau yang akan meninggal dunia.

Friday, October 29, 2010

Study week


click to play song~














"Perkara pertama yang akan dihisab adalah solat"
~Mafhum hadis~
"jangan kita mencari syurga dunia dengan tanpa kita sedar menempah neraka akhirat"  
Selamat menempuh final exam kepada semua warga kampus. Maa' taufiq wanajah..


Song by Aizat- Sungai Lui

Tuesday, October 19, 2010

kerana ukhuwwah itu indah



click to play song~














Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan dari golongan anbiya'; dan bukan juga dari golongan syuhada’. Mereka dicenburui oleh para anbiya' dan syuhada' kerana ketinggian kedudukan mereka disisi Allah”.


Para sahabat bertanya:
“Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapa mereka itu?” Rasulullah saw menjawab:

“Mereka adalah golongan yang berkasih sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan antara mereka dan bukan kerana harta benda. Demi Allah muka-muka mereka adalah “cahaya” dan mereka adalah di atas “cahaya”. Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut, dan tidak sedih ketika orang lain bersedih. Lalu baginda membaca firman Allah yang bermaksud: “Ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong Allah itu mereka tidak takut dan tidak juga bersedih hati” (Yunus:62)
(hadis riwayat Ahmad).

song: Aizat, kau pergi