Monday, June 22, 2015

weh tak puasa!

Cerita dia macam ni.

Ada sorang mamat kacak dan bergaya. Rambut dia warna oren, pacak ala-ala model macam tu..

Macam biasa aku ditugaskan untuk melayan beliau merangkap pelanggan baru untuk buat produk.

Sampel tablet kunyah dah sedia. Niat dalam hati nak tunjuk je la teksture, warna dan rupa tablet.

Mamat ni ambil sebiji tablet daripada botol. Dia belek-belek dan cium-cium nak ambil aroma la kot. Tetiba...

Ngap. Dia masuk dalam mulut!

Aku dengan partner tengok je la tak berkelip. Mamat ni pun dah kenapa. Agak-Agak kalau tak puasa pun.

Pastu dia offer kat minah free hair dengan sorang lagi pakai tudung.

Petang ramadhan yang mulia tu depa buat kenduri dalam bilik meeting.

haish.. manusia manusia.

Harini dua orang lagi mamat Iran buat kerja yang sama. Depa request kopi dekat receptionist tanpa segan silunya.

Sesi minum pagi dalam bilik meeting di bulan ramadhan.

Cantik punya perangai..

Monday, June 15, 2015

doa

Bismillahirhmanirahim.

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Waktu kecik-kecik dulu arwah mak aku selalu pesan.

‘Lepas hang sembahyang jangan lupa doa kat Allah.. minta jea apa-apa nak minta’

Betul la orang kata budak kecil memang senang nak dibentuk. Sampai harini kot aku ingat pesan mak.

Waktu sekolah menengah time duk asrama form 1 sampai form 3 pengetua aku selalu pasang ayat quran.. 24 hours non stop. Mungkin sebab nak halau hantu kot.. budak-budak hostel zaman tu memang macam hantu..

Kalau tak pasang ayat quran dia bagi lagu nasyid. Ada dua lagu kot.. satu lagu arab ya thoiba satu lagi lagu umat islam sentiasa boleh.

Kalau korang pernah dengar la..

Antara lirik lagu dia;

"..umat islam harus cemerlang hari ini lebih baik dari semalam... bla bla bla.. kita ada Allah maha kuasa, kita punya masa tenaga, DOA SEBAGAI SENJATA.."

Tu je point dia sebenarnya..

"..doa senjata bagi orang beriman.."

Sebab tu bila berdoa kena berdoa sungguh-sungguh. Bayangkan kita ni macam pengemis, hamba yang takde apa-apa.

Jangan la time doa time tu la duk.sibuk update status fb.

Bayangkan kalau ada peminta sedekah datang kat korang. Tangan kanan hulur minta sedekah.. tangan kiri dia korek idong agak-agak korang bagi tak duit.

Firman Allah S.W.T

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada inereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka): Aku perkenankanpermohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku maka hendaklah mereka menyebut suruhan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”   (al- Baqarah ayat 186)

Sunday, June 14, 2015

Hajat dan Masalah

bismillahirahmanirahim.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihi.

Aku secara rasminya menutup akaun facebook dan instagram berkuatkuasa minggu lepas.

Antara kesan positif yang yang dapat diperoleh adalah seperti berikut;

1. aku berjaya mengkhatam sebuah buku (diagnosis2).

2. Rasa aman dan damai. Baru perasan rupanya banyak gila kot masa aku.

3. Aku mula menulis belog. doa-doa semoga istiqomah. Tak nak hangat-hangat ketiak je.

4. Aku berjaya siapkan artwork seperti berikut: aku tak tau position picture atas ke bawah. first time post blog pakai handset. :-P

artwork description: aku dapat idea ni time dengar ikim waktu drive 
(selalunya layan era dengan hot fm kadang-kadang nak feeling layan sinar) waktu tu aku tak ingat slot ustaz pahrol 
ke ustaz Badrul Amin 
Ayat dia lebih kurang:

"Ada dua sebab manusia cari 
Allah, nak dekat dengan Allah. 
Pertama apabila berhajat kepada sesuatu dan kedua apabila ditimpa masalah"

insyaAllah jika diberi kesempatan,  blog perantau studio akan diserikan dengan artwork-artwork dakwah yang osem dan pengisian-pengisian yang lebih menyentap hati sanubari.

Aku tak expect pun ada orang baca post ni.

Salam Ramadan.
14 jun 2015
Nilai Impian

Monday, June 10, 2013

kelebihan berwudhuk


"Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar dari wajahnya setiap dosa yang ia lihat(yg haram) bersamaan dengan air atau bersama titisan air terakhir, bila ia mencuci kedua tangannya, keluar dosa2 yang dilakukan kedua kakinya bersamaan dengan air atau bersamaan dengan titisan air terakhir hingga ia keluar dlm keadaan bersih dari dosa"



Sunday, July 1, 2012

All its well




Saya memerhati seorang pakcik. Lama. Terjengket-jengket, comot, gayanya seorang peminta sedekah. Sambil memegang sebuah topi keledar, dia terus berlalu. Petang tersebut pulang daripada kilang tempat praktikal, saya bersama sahabat berhenti di sebuah pam minyak untuk mengisi angin tayar kereta. 


"Eh, tak minta duit pun" saya mengalih pandang, buat-buat macam tak perasan lah kononnya. Pak cik tersebut duduk betul-betul dihadapan, senyap-senyap saya meyambung menjeling. 

"Allahuakbar! ada darah di wajah beliau. Hidungnya kemerahan kesan luka, seluar koyak rabak dipenuhi darah.