Showing posts with label monolog. Show all posts
Showing posts with label monolog. Show all posts

Tuesday, February 1, 2011

Monolog: Seperti anda


-SILA KLIK-



Seperti anda,
hamba yang lemah dan hina.
Tak pernah sunyi daripada kesalahan dan dosa. 

Sama seperti anda,
suka pada kebaikan dan ketaatan.
Benci bila fitrah dicalari,
walaupun hanya sekelumit dosa.

Seperti anda,
gerun dan takut pada siksa Allah.
Bimbang diazab akibat kejahilan diri, dihukum kerana kebuasan nafsu.

Samalah seperti anda,
terasa gelisah apabila jauh daripada Allah.
iiwa mendesak untuk diselamatkan,
daripada terus tenggelam
dipukul badai dosa yang menggila.

Seperti anda,
menangis dan merintih mengenang keterlanjuran dosa.
Mengharap belas ihsan sang pencipta.
takut dihempap dosa yang menggunung tinggi.
Bimbang kalau kalau dosa tidak diampunkan.
Jiwa semakin memberontak,
resah dan gelisah.
Namun,
Samalah juga seperti anda,
Tak kan pernah putus asa daripada rahmat Allah.

Kerana,
yakin rahmat kasih Allah mengatasi kemurkaan-Nya

************

Allah berfirman:
“Katakanlah (wahai Muhammad), ‘Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), maka janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua yang Maha Mengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah al-Zumar 39:53)


Sesungguhnya Allah tidak akan pernah memungkiri janji-Nya; Dia telah berjanji untuk mengampunkan segala dosa, dari sekecil zarah sehinggalah sebesar-besarnya, melainkan syirik kepada-Nya.

p/s: jangan berputus asa dengan rahmat Allah

~hamba yang sangat hina