Saturday, April 16, 2011

salam imtihan






"Apabila hati kamu telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal" (Ali-Imran: 159).



maa' taufiq wan najah!




p/s: dokan moga-moga diterangkan hati, dan dipermudahkan setiap urusan.. ameen =)




Thursday, March 31, 2011

video: zikrullah






Halaqah presentation, zikrullah.

Audio rakaman tak berapa jelas, mick rosak..


p/s: teringin betul nak melukis.. tapi, mengenangkan final & assignment, T_T


Friday, March 18, 2011

the muslim has no free time







From Ibn 'Abbaas (radiyAllâhu 'anhumaa) who said that Allâh's Messenger (salAllâhu 'alaihi wa'sallam) said:

"There are two blessings which many people lose: health and free time."

So how can one who has no free time preoccupy himself with this world? 

How can one whose time is filled experience free time?

So consider, may Allâh have Mercy upon you, what one of the scholars said about one of the Imaams: 

'I was a neighbour of his at the school in Cairo, my house was above his house. For twelve years, I did not awake on any night, at any hour of the night except that I noticed candle light in his house and he was occupied with knowledge. 

Even when he was eating, his books would be with him and he was occupied with them. 


sources: http://www.scribd.com/doc/9820903/40-Hadith-Islamic-Personality

Wednesday, March 9, 2011

pencarian GENG




credit kepada saudara taufiq~



Dulu-dulu sewaktu semester pertama didalam kelas English, kami dikehendaki menulis sebuah catatan pendek, tentang impian dan cita-cita. 

Saya tuliskan dalam esei tersebut bahawa saya berangan-angan betul untuk menerbitkan sebuah komik islamik, sungguh-sungguh berangan bahawa matlamat utama komik tersebut adalah untuk menyebar dakwah dan mengajak pembaca untuk menghayati indahnya hidup bersama islam. 

Menurut saya komik adalah medium yang cukup baik. Benar, sebagai pendedahan awal bagi memupuk minat kanak-kanak membaca, dan tidak kurang sebagai bacaan santai kepada semua peringkat umur, daripada pelajar sekolah mahasiswa pengajian tinggi sehinggalah kepada yang sudah layak digelar bapa. 

Pengalaman diri sendiri pastinya, saya menguasai kemahiran membaca dengan membaca komik. Dan  saya masih ingat komik wajib beli setiap bulan adalah komik 'kawan', saya kurang pasti jika masih diterbitkan atau tidak. 

Melihat alangkah baiknya jika medium ini digunakan sebaiknya untuk kepentingan islam. Ya, menerapkan nilai-nilai akhlak, dakwah, cara hidup islam, dan tarbiah didalam karya komik. Dengan ini komik bukan sekadar menjadi penarik minat anak-anak membaca atau sebagai bacaan santai malahan membaca komik membuatkan kita berfikir, merenung dan menjadi medium tazkirah yang berkesan. 

Wah, saya memang kuat berangan. 

Impian atau lebih tepat angan-angan tersebut saya kira masih lagi kekal berapi dan saya kira tidak pernah padam. Dengan bakat menconteng nota kuliah, saya mulakan sendiri dengan blog perantau, cuba-cuba untuk berkongsi karya yang tidak seberapa juga. Masalah utama adalah untuk mengedit artwork yang siap didalam photoshop, saya tak pernah kenal cs3, cs4, atau sai paint tool sebelum terjebak didalam dunia komikus ini. 

Man jadda wa jada. 

Saya usahakan untuk melihat-lihat kedalam youtube dan mencedok beberapa teknik didalam web tutorial. Dan alhamdulillah hasilnya walaupun masih lagi dalam peringkat amatur, namun sudah cukup untuk memuaskan hati sendiri.


GENG kartunis USIM

GENG adalah usaha kecil untuk menghimpunkan bakat-bakat dalam seni lukisan didalam kampus USIM untuk sama-sama berhimpun dan berkongsi fikiran dan tenaga didalam satu unit kecil bagi melakukan usaha dakwah dalam bidang seni lukis ataupun komik. 

GENG merupakan unit kecil bawah unit multimedia Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia SPMM. Antara perancangan GENG adalah untuk menghasilkan kartun dakwah secara konsisten atau berkala sekali dalam masa dua minggu dan bakal diterbitkan didalam risalah SPMM untuk edaran di kampus. 

Dan jika usaha ini dilakukan secara istiqamah dan tidak terputus tidak mustahil SPMM bakal menerbitkan komik dakwah mereka sendiri yang pertama. 

Bakat melukis dan mencongteng adalah anugerah. Betul, tak semua mampu untuk melukis dan mencongteng dan bagi saya alangkah baiknya jika pinjaman bakat dan potensi yang dikurniakan ini digunakan untuk islam dan dakwah.

Saya mengharapkan GENG menjadi medan bagi golongan yang mempunyai bakat, potensi atau minat dalam arena komik untuk berkongsi karya. Besar harapan supaya usaha ini menjadi pencetus dan moga-moga ianya tidak terputus atau terhenti separuh jalan dan moga-moga GENG terus berkembang dan istiqamah dalam menyebarkan dakwah khususnya di bumi USIM.   

Jadi saya mewakili GENG menyeru bakat-bakat yang ada untuk sama-sama kita menyumbang fikiran dan tenaga bagi menjayakan usaha dakwah ini. Moga-moga usaha ini dinilai sebagai amalan berpahala dan menjadi saham kita disana. 

Dan paling penting pastinya ikhlaskan niat kita bekarya untuk ummah. Doakan supaya kita semua istiqamah dan usaha yang kecil ini berjalan dengan sempurna. 


Perantau, 7.09 a.m.
Desa Jati, Nilai.


Monday, March 7, 2011

siapkan senjata!







Ada projek baru.. 

doakan semoga berjaya, =)

Sunday, February 13, 2011

picture: rahsia bulan kelahiran

  
Malam semalam berjaya menginstal CS3 dengan jayanya hasil bantuan ninjasufi.Sambil-sambil mencuba CS3, ninja tadi meminta bantuan bagi menyiapkan projek beliau untuk pilihan raya kampus (PRK) di kampusnya. 
Jadi ini adalah design hasil tunjuk ajar sifu ninja. 

Modal untuk promosi calon oren katanya.




 





Friday, February 11, 2011

tutorial: coloring perantau style








Still learning..
Moga bermanfaat.. =)


p/s: perkongsian teknik photoshop daripada sahabat-sahabat amat-amat dialukan.


Wednesday, February 9, 2011

Picture: cover your aurat!







tool: photoshop 7.0



In reality, as a servant of Allah SWT and the follower of Rasulullah SAW, we are taught to always come back to Al-Quran and Al-Hadith to obtain assurance about the permissibility of a matter. Regarding this, Allah SWT said:-

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

"O Prophet! Tell your wives and your daughters and the women of the believers to draw their cloaks (veils) all over their bodies. That will be better, that they should be known (as free respectable women) so as not to be molested. "(Al-Ahzab: 59)

I list several mistakes that are commonly practiced by Muslim women today regarding aurat:

ERROR 1: Aurat is ONLY about covering the hair.

ERROR 2: Wears hijab with short sleeve T-Shirt.

ERROR 3: Wears hijab with slitted skirts.

ERROR 4: Wears hijab with tight and transparent blouse that reveals body parts that lures a man. 

ERROR 5: Wears very loose hijab that causes the hair to be visible.

ERROR 6: Wears hijab only in the office. Not at home or around the mall. 

ERROR 7: Wears hijab but the end of the hijab is pulled up revealing the chest.

ERROR 8: Wear a hijab that is made of transparent material that causes the hair, neck and chest to be visible.

Some women believe that covering the aurat is only about covering the hair. This is totally inaccurate as Allah mentioned in Al-Qur'an:

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاء

And tell the believing women to lower their gaze and to be mindful of their chastity, and not to display their charms [in public] beyond what may [decently] be apparent thereof; hence, let them draw their head-coverings over their bosoms. And let them not display [more of] their charms to any but their husbands, or their fathers, or their husbands' fathers, or their sons, or their husbands' Sons, or their brothers, or their brothers' sons, or their sisters' sons, or their womenfolk, or those whom they rightfully possess, or such male attendants as are beyond all sexual desire, or children that are as yet unaware of women's nakedness (An-Nur: 31)

sources: [link]

Saturday, February 5, 2011

sesungguhnya mukmin itu bersaudara







Sedang saya tekun mengedit picture diatas, saya menerima berita seorang sahabat tahun dua daripada Fakulti Syariah & Undang-undang telah kembali rahmatullah. 

Innalillah wainna ilaihi roji'un..

Semoga arwah Bukhari ditempatkan dikalangan orang yang beriman. 

Al-fatihah..

Tua atau muda bukanlah faktor penentu ajal anda, membayangkan jika kita pula diambil selepas ini, 

bersediakah untuk mengadap tuhan?? 

Dengan dosa dan maksiat yang bertimbun..

Bertaubat, selagi masih diberi peluang..



Astaghfirullahalazim..3x 

Thursday, February 3, 2011

Tuesday, February 1, 2011

Monolog: Seperti anda


-SILA KLIK-



Seperti anda,
hamba yang lemah dan hina.
Tak pernah sunyi daripada kesalahan dan dosa. 

Sama seperti anda,
suka pada kebaikan dan ketaatan.
Benci bila fitrah dicalari,
walaupun hanya sekelumit dosa.

Seperti anda,
gerun dan takut pada siksa Allah.
Bimbang diazab akibat kejahilan diri, dihukum kerana kebuasan nafsu.

Samalah seperti anda,
terasa gelisah apabila jauh daripada Allah.
iiwa mendesak untuk diselamatkan,
daripada terus tenggelam
dipukul badai dosa yang menggila.

Seperti anda,
menangis dan merintih mengenang keterlanjuran dosa.
Mengharap belas ihsan sang pencipta.
takut dihempap dosa yang menggunung tinggi.
Bimbang kalau kalau dosa tidak diampunkan.
Jiwa semakin memberontak,
resah dan gelisah.
Namun,
Samalah juga seperti anda,
Tak kan pernah putus asa daripada rahmat Allah.

Kerana,
yakin rahmat kasih Allah mengatasi kemurkaan-Nya

************

Allah berfirman:
“Katakanlah (wahai Muhammad), ‘Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), maka janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua yang Maha Mengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah al-Zumar 39:53)


Sesungguhnya Allah tidak akan pernah memungkiri janji-Nya; Dia telah berjanji untuk mengampunkan segala dosa, dari sekecil zarah sehinggalah sebesar-besarnya, melainkan syirik kepada-Nya.

p/s: jangan berputus asa dengan rahmat Allah

~hamba yang sangat hina