“Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan dari golongan anbiya'; dan bukan juga dari golongan syuhada’. Mereka dicenburui oleh para anbiya' dan syuhada' kerana ketinggian kedudukan mereka disisi Allah”.
Para sahabat bertanya:
“Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapa mereka itu?” Rasulullah saw menjawab:
“Mereka adalah golongan yang berkasih sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan antara mereka dan bukan kerana harta benda. Demi Allah muka-muka mereka adalah “cahaya” dan mereka adalah di atas “cahaya”. Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut, dan tidak sedih ketika orang lain bersedih. Lalu baginda membaca firman Allah yang bermaksud: “Ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong Allah itu mereka tidak takut dan tidak juga bersedih hati” (Yunus:62)