Saturday, July 23, 2011

Ramadan Kareem




Tulisan ini tiada kaitan dengan sambutan Ramadan tapi mungkin ada kaitan dengan objek yang dipegang oleh character dalam ilustrasi diatas.

Dekat dengan tempat saya tinggal terdapat sebuah surau yang kebiasaannya dipenuhi dengan warga Bangladesh dan selalunya diimarahkan oleh puak-puak tabligh. Jika tidak ke masjid atau solat di bilik, saya akan solat disini.  

Kebiasaannnya apabila solat di surau tersebut warganegara Malaysia secara automatic akan dilantik menjadi imam, tolaklah macam mana sekalipun. Dan itu antara salah satu sebab saya jarang solat disini. Selalunya bila ada perlawanan bola sepak saya akan solat di surau tersebut, lepas solat terus serbu ke kedai makan.

Satu hari, saya berjemaah maghrib disini. Usai solat saya ambil Al-Quran, baca satu muka, selesai. Dihadapan saya seorang pak cik separuh umur warganegara Bangladesh juga sedang khusyu’menghayati bacaannya.

Saya sempat menjeling, dan ternyata beliau bukan membaca kitab suci Al-Quran tetapi sedang membaca buku iqra’!

Saya termenung.

Malam itu baru terasa nikmatnya boleh membaca dan menghayati kitab Al-Quran. Tanamkan tekad untuk mewajibkan paling tidak satu muka Al-Quran setiap hari.

“Ya, kita boleh luangkan masa untuk menonton television, melayari internet, membaca novel, dan sebagainya. Susah sangat untuk luangkan lima atau sepuluh minit daripada 24 jam untuk membaca dan menghayati kalamullah, kalam Pencipta”.

Soalan kepada diri sendiri.

Di dalam sebuah hadis dari 'Abdullah bin Mas'ud Rasulullah bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Al-Quran ini adalah hidangan Allah, oleh itu hendaklah kamu menyebutnya sekadar yang terdaya oleh kamu menyebutnya. Sesungguhnya Al-Quran ini adalah tali Allah, cahaya yang terang benderang dan penawar yang berguna. Penjaga kepada siapa yang berpegang kepadanya, jaminan kejayaan bagi yang mengikutinya. Ia tidak salah yang menyebabkan ia tercela, ia tidak bengkok yang menyebabkan ia perlu diperbetulkan, keajaibannya tidak kunjung habis dan ia tidak menjadi cacat sekalipun banyak (kandungannya) ditolak orang. Bacalah Al-Quran kerana Allah akan memberi ganjaran ke atas setiap huruf dari bacaanmu dengan sepuluh kebaikan. Aku tidak mengatakan kepadamu Alif, Lam, Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."

(Riwayat Al-Hakim)



Thursday, July 14, 2011

2D animation: zakat







Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.


Ini adalah projek animasi pertama saya. Kursus pendek dibawah tajaan MSC dan MDec selama 20 hari menggunakan toonboom animation studio 6.0.


Kami dibahagikan kepada enam kumpulan dan diberi masa tidak kurang sepuluh hari untuk menyiapkan sebuah animasi pendek selama tiga minit.

Paling menarik, kumpulan terbaik akan mendapat sebuah tablet setiap seorang. Malangnya, bukan rezeki kumpulan, tapi "I am satisfied".





p/s: Saya orang paling kecewa agaknya (angan-angan melukis guna tablet sendiri tak kesampaian). T-T, 
-sapa-sapa nak sponsor tablet buleh hubungi facebook saya..