Monday, October 24, 2011

Read Quran, Charge your Iman




jom charge Iman, =)


Sepatutnya saya ingin tulis dalam lukisan diatas 'Quran compass of the life', tapi 'read Quran charge your iman' pun ok juga.

Tak kisahlah apa pun yang ditulis, yang paling penting mesejnya sampai yaitu mengajak diri saya dan sahabat pembaca untuk sama-sama membaca dan memahami Al-Quran.

Mungkin ada yang bertanya, buat apa sibuk membaca Al-Quran sedangkan kita bukannya faham bahasa Arab. Ya, saya ada jawapannya. Begini kisahnya,

Monday, October 17, 2011

ilustrasi: jihad is our road









Allah SWT berfirman, Ertinya:



Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya, Serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu. Yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenar).
(Surah As-Saf ayat:10-11)



JIHAD DENGAN DIRI

Al-Quran berulang kali menyebutkan jihad harta yang diikuti oleh jihad diri (Al Amwalu Wal Anfus) dengan pengertian bahawa harta hanya akan bermakna dalam melaksanakan jihad apabila manusia sanggup mengorbankan diri sebagai pengerak dan melaksana tuntutan jihad.