Tuesday, August 9, 2011

dosa mengumpat





























Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud

"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan

sesuatu  perkara yang dibencinya"  (Hadis Riwayat  Muslim)


Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. 

Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau  menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama.

Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.  Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang  yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak  mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: 

"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.


 Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang  diumpat" 
(Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)


 Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia  tidak dirasakan lagi  sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan  mendedahkan diri pelakunya  diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. 

Sabda Rasulullah S.A.W. 

"Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman

 dengan hatinya! 
Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu  mengintip-intip keaibannya. 
Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban  saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan  mendedahkannya, 
meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"  
(Hadis riwayat  Abu Daud)


 Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
 Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : 

"Perbuatan mengumpat itu samalah  seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum  itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api  memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan  kebaikan yang tidak pernah dilakukannya  didunia. 

Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari  manakah  datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah  melakukannya". 

Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang  yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan  kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita  wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

*Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara islam yang lain.Ilmu yang
 bermanafaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarkannya meskipun  dia sudah mati.

wallahua'lam

 di susun oleh
 Dr Ani merangkap Pensyarah Ahli Forum Perdana Seluruh Dunia
 dan University Al-Azhar